LOGO MYGAP |
1. Pengenalan
1.1 Amalan Pertanian Baik (APB)
Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara mampan dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Ia juga mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.
1.2 Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)
Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002, dahulunya dikenali dengan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB. Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).

2. Objektif
2.1 Menjadi teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

3. Kelebihan
3.1 Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan dimana hasil telah dianalisis dari segi kandungan residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial
3.2 Alam sekitar terpelihara.
3.3 Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang.
3.4 Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
3.5 Membangunkan industri pertanian negara secara mampan dan lestari.
3.6 Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut.

4. Kriteria Permohonan
4.1 Kategori pemohon adalah seperti berikut :
i - Persendirian
ii - Syarikat Swasta
iii - Peserta Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
iv - Agensi/Badan Berkanun
v - Peserta Ladang Kontrak
vi - Pusat Pertanian dibawah seliaan Jabatan Pertanian
vii - Peserta Projek Pertanian Moden
4.2 Pemohon hendaklah memastikan :
i - Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
ii - Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil
iii - Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport

5. Prosedur Permohonan
5.1 Permohonan MyGAP hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan MyGAP 1-1.Borang tersebut boleh didapati di :
i - Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
ii - Jabatan Pertanian Negeri
iii - Pejabat Pertanian Daerah
iv - Laman web http://www.doa.gov.my
5.2 Semua Borang Permohonan MyGAP yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pertanian Daerah. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :
i - Borang Permohonan MyGAP 1-1
ii - Laporan Pemeriksaan Awal di Ladang MyGAP 1-2
iii - Senarai Semak Permohonan MyGAP 1-3
iv - Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan
v - Salinan geran tanah pada kawasan yang diusahakan
vi - Salinan surat perjanjian sewa tanah/Surat kebenaran mengusahakan tanah

6. Kadar Caj Perkhidmatan
Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan secara PERCUMA kepada pemohon bagi tujuan pensijilan.

7. Kriteria Penilaian
7.1 Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :
i - Pemeriksaan Tapak
ii - Sampel air dan hasil bagi analisis residu, logam berat dan bakteria
iii - Verifikasi / amalan ladang

8. Proses Pensijilan
8.1 Sila rujuk Carta Alir Pensijilan MyGAP
8.2 Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 6 hingga 24 bulan.

9. Audit
9.1 Pra-Audit
9.1.1 Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan APB sehingga mendapat pensijilan MyGAP.
9.1.2 Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.
9.1.3 Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak dan logam berat.
9.2 Audit Susulan
9.2.1 Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi APB berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
9.2.2 Pengauditan akan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang kompeten.

10. Tempoh Sahlaku
Tempoh sahlaku pensijilan MyGAP adalah selama dua tahun.

11. Pemantauan
Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.

12. Pembaharuan
12.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu menjawab Surat Jawapan Pembaharuan MyGAP 11-2 dan hantar ke Urus Setia.
12.2 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap dua tahun dan permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.
12.3 Surat Pembaharuan Tempoh Sahlaku Sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
12.4 Sila Rujuk Carta Alir Pensijilan (Pembaharuan)

13. Pembatalan Sijil
13.1 Pengiktirafan MyGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :
i. Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh
ii. Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
iii. Menyalahgunakan sijil dan logo MyGAP dalam apa jua cara.

14. Latihan
14.1 Latihan Pengusaha
Peserta akan diberi latihan bagi memenuhi kriteria-kriteria dalam pensijilan MyGAP. Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan MyGAP (Jabatan Pertanian Negeri).

15. Senarai Penerima Sijil
Senarai penerima sijil MyGAP
Senarai penerima sijil MyGAP
16. Dokumen MyGap
Untuk mendapatkan maklumat penuh berkaitan dokumen, sila klik Senarai Kandungan Dokumen MyGAP di bawah.
Senarai Kandungan
MyGAP 1 – Permohonan
MyGAP 2 – Pendaftaran
MyGAP 3 – Pemeriksaan Tapak
MyGAP 4 – Rekod Ladang
MyGAP 5 – Audit Dalam
MyGAP 6 – Pelan Tindakan
MyGAP 7 – Audit Amalan Ladang
MyGAP 8 – Analisis Sampel
MyGAP 9 – Pertambahan Keluasan/ Tanaman
MyGAP 10 – Kelulusan Pensijilan
MyGAP 11 – Pembaharuan Sijil
MyGAP 12 – Polisi & Garis Panduan
MyGAP 13 – Pembatalan Pensijilan
MyGAP 14 – Lampiran

17. Pegawai Penghubung
Untuk maklumat lanjut dan penghantaran borang permohonan, boleh menghubungi pegawai kami di pejabat atau melalui talian:
Urus Setia
Seksyen Pensijilan Ladang
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

03-8814773