Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

KURSUS FERTIGASI DIPUSAT PERTANIAN TELOK DATOK

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

LAWATAN DATO' SABTU KE TKPM BUKIT CHANGGANG

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PETAK DEMO PUSAT PERTANIAN TELOK DATOK

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PROGRAM MY BEAUTIFULL DI SMK TELOK PANGLIMA GARANG

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PROGRAM PENINGKATAN HASIL PERTANIAN KEMENTERIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

Lawatan Dari German International School ke TKPM Kundang pada 12 Mac 2015

















SENARAI KURSUS PETANI / USAHAWAN DI PUSAT LATIHAN PERTANIAN KALUMPANG BAGI TAHUN 2015


Berikut adalah senarai kursus petani / usahawan di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang Bagi Tahun 2015


SENARAI KURSUS PETANI / USAHAWAN DI PEJABAT PERTANIAN DAERAH KUALA LANGAT 2015



Berikut adalah senarai kursus bagi petani dan usahawan yang akan diadakan di Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat :



Peta Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN



   Seperti yang sedia maklum, semua orang tahu bahawa Pertanian Adalah Perniagaan. Ini dibuktikan dengan kejayaan petani petani di Malaysia yang mampu mengeksport produk atau hasil tanaman ke luar negara. Selain itu, ia juga dibuktikan dengan melalui aktiviti pertanian,permintaan untuk makanan telah dapat ditampung sehingga kini.
   Selain hasil tanaman,terdapat juga hasil industri kecil sederhana yang mana lebih dikenali dengan nama singkatan IKS telah banyak dihasilkan di Malaysia.
  Oleh itu,Pertanian ternyata mampu menjana ekonomi petani serta ekonomi negara.




Perosak Tanaman Kelapa




KUMBANG MERAH PALMA




Kumbang Merah Palma (Rhynchophorus ferrugineus Olivier) atau lebih dikenali sebagai Red Palm Weevil (RPW) merupakan perosak tanaman yang serius dan berbahaya.
Kini, ia didapati menyerang tanaman kelapa serta berpotensi merebak dan mengancam industri kelapa sawit negara.


Ancaman kumbang merah palma ini perlu dibendung dengan segera kerana industri kelapa sawit menyumbang RM50 bilion setahun kepada ekonomi negara.
Kumbang Merah Palma yang tergolong dalam order Coleoptera dan famili Curculionidae dipercayai berasal dari Asia Tropika dan dilaporkan telah menyerang tanaman di beberapa buah negara lain seperti Afrika. Eropah, India (1891), Teluk Arabia (pertengahan tahun 1980-an), Sepanyol (1994), Perancis (2006) dan kini dianggap perosak paling merbahaya bagi tanaman kurma di Timur Tengah.


Malah, Kumbang Merah Palma berkemungkinan memasuki negara ini melalui anak pokok kelapa pandan yang dibawa masuk dari Thailand dan kemasukan pokok kurma bagi tujuan tanaman landskap yang dibawa masuk secara tidak sah tanpa memperolehi sijil atau permit import.
Kitaran hayat kumbang ini biasanya bermula daripada kumbang betina yang bertelur pada umbut pokok, pangkal pelepah atau pada luka-luka yang terdapat pada pokok. la boleh menghasilkan lebih kurang 250 telur pada satu-satu masa.


Simpton awal serangan Kumbang Merah Palma antaranya, pucuk pokok menjadi layu kekuningan, keringdan akhirnya mati.
Larva yang mengorek keseluruhan dalam batang akan menyebabkan pelepah atau batang pokok patah dan akhirnya pokok mati.


Sekiranya terdapat simpton-simpton seperti di atas atau menunjukkan tanda- tanda serangan Kumbang Merah Palma, para pengusaha kelapa dinasihatkan segera melaporkannya kepada Pejabat Pertanian berdekatan untuktindakan pengawalan dan pemusnahan.
Bagi menangani pengawalan Kumbang Merah Palma ini, pendekatan secara Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM) yang mesra alam perlu diambil.


Pemantauan dengan menggunakan feromon merupakan pendekatan kawalan yang baik dan sesuai dipraktikkan di ladang- ladang kelapa atau kelapa sawit di mana feromon ini diletakkan 30 meter antara setiap perangkap. Para pengusaha http://www.blogger.com/img/blank.gifdinasihatkan agar membersihkan kawasan, memotong dan seterusnya dibakar bagi menghapuskannya daripada terus merebak.
Kaedah kawalan alternatif yang boleh digunakan adalah dengan menyembur racun serangga seperti diazinon, carbaryl atau nurelle atau siram racun pada silara bagi kawasan pokok kelapa yang rendah. Jabatan Pertanian menasihati para pengusaha industri tanaman kelapa atau kelapa sawit supaya mengambil langkah- langkah pencegahan awal bagi menggelakkan kadar kerugian yang tinggi di kemudian hari.

SKIM AMALAN LADANG BAIK (MYGAP)


LOGO MYGAP
  
1. Pengenalan

1.1 Amalan Pertanian Baik (APB)
Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara mampan dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Ia juga mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.

1.2 Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)
Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002, dahulunya dikenali dengan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB. Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agriculture Practices (GAP).
2. Objektif

2.1 Menjadi teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.

2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.
3. Kelebihan

3.1 Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan dimana hasil telah dianalisis dari segi kandungan residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial

3.2 Alam sekitar terpelihara.

3.3 Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang.

3.4 Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

3.5 Membangunkan industri pertanian negara secara mampan dan lestari.

3.6 Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut.  
4. Kriteria Permohonan

4.1 Kategori pemohon adalah seperti berikut :

i - Persendirian
ii - Syarikat Swasta
iii - Peserta Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
iv - Agensi/Badan Berkanun
v - Peserta Ladang Kontrak
vi - Pusat Pertanian dibawah seliaan Jabatan Pertanian
vii - Peserta Projek Pertanian Moden

4.2 Pemohon hendaklah memastikan :

i - Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
ii - Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil
iii - Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport  
5. Prosedur Permohonan

5.1 Permohonan MyGAP hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan MyGAP 1-1.Borang tersebut boleh didapati di :

i - Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Putrajaya
ii - Jabatan Pertanian Negeri
iii - Pejabat Pertanian Daerah
iv - Laman web http://www.doa.gov.my

5.2 Semua Borang Permohonan MyGAP yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan ke Pejabat Pertanian Daerah. Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

i - Borang Permohonan MyGAP 1-1
ii - Laporan Pemeriksaan Awal di Ladang MyGAP 1-2
iii - Senarai Semak Permohonan MyGAP 1-3
iv - Salinan kad pengenalan / Sijil Pendaftaran SSM yang telah disahkan
v - Salinan geran tanah pada kawasan yang diusahakan
vi - Salinan surat perjanjian sewa tanah/Surat kebenaran mengusahakan tanah  
6. Kadar Caj Perkhidmatan

Penyertaan skim ini adalah secara sukarela dan perkhidmatan diberikan secara PERCUMA kepada pemohon bagi tujuan pensijilan. 
7. Kriteria Penilaian

7.1 Pemohon mesti lulus ketiga-tiga perkara berikut iaitu :

i - Pemeriksaan Tapak
ii - Sampel air dan hasil bagi analisis residu, logam berat dan bakteria
iii - Verifikasi / amalan ladang  
8. Proses Pensijilan

8.1 Sila rujuk Carta Alir Pensijilan MyGAP
8.2 Tempoh kelulusan pensijilan adalah dalam tempoh 6 hingga 24 bulan. 
9. Audit

9.1 Pra-Audit

9.1.1 Dijalankan bagi memastikan pengusaha mengamalkan APB sehingga mendapat pensijilan MyGAP.
9.1.2 Pegawai pra-audit terdiri daripada Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah.
9.1.3 Pegawai Jabatan Pertanian peringkat Daerah akan mengambil sampel hasil untuk tujuan analisis residu racun makhluk perosak dan logam berat.

9.2 Audit Susulan

9.2.1 Audit luar dijalankan bagi mengenalpasti pengusaha mengamalkan dan mematuhi APB berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan seterusnya mengesyorkan untuk dipersijilkan.
9.2.2 Pengauditan akan dilaksanakan oleh Pegawai Jabatan Pertanian (Teknikal) yang kompeten. 
10. Tempoh Sahlaku

Tempoh sahlaku pensijilan MyGAP adalah selama dua tahun.  
11. Pemantauan

Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu tahun sekali oleh pihak Jabatan Pertanian.  
12. Pembaharuan

12.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu menjawab Surat Jawapan Pembaharuan MyGAP 11-2 dan hantar ke Urus Setia.

12.2 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap dua tahun dan permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh enam bulan sebelum tamat tarikh sah laku.

12.3 Surat Pembaharuan Tempoh Sahlaku Sijil akan dikeluarkan sekiranya ladang masih mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

12.4 Sila Rujuk Carta Alir Pensijilan (Pembaharuan)
13. Pembatalan Sijil

13.1 Pengiktirafan MyGAP boleh ditarik balik atas sebab seperti berikut :

i. Tidak memperbaharui sijil setelah tamat tempoh
ii. Jika dalam tempoh tersebut ladang itu didapati gagal mematuhi syarat- syarat yang ditetapkan.
iii. Menyalahgunakan sijil dan logo MyGAP dalam apa jua cara. 
14. Latihan

14.1 Latihan Pengusaha

Peserta akan diberi latihan bagi memenuhi kriteria-kriteria dalam pensijilan MyGAP.  Peserta bagi kursus ini adalah dipilih oleh Urusetia Pensijilan MyGAP (Jabatan Pertanian Negeri).  
15. Senarai Penerima Sijil

Senarai penerima sijil MyGAP  
17. Pegawai Penghubung

Untuk maklumat lanjut dan penghantaran borang permohonan, boleh menghubungi pegawai kami di pejabat atau melalui talian:

Urus Setia
Seksyen Pensijilan Ladang
Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat
03-8814773








PENYAKIT REPUT BUAH NANGKA


PERHATIAN!
Kepada petani menanam tanaman buah nangka atau Artocarpus heteropyllus Lam  terhadap penyakit reput buah nangka.

Penyakit ini boleh menjejaskan hasil buah nangka anda dan simptom simptom penyakit ini adalah:
  • Empulur kelihatan kehitaman bermula daripada bahagian tangkai sehingga kesuluruhannya.
  • Simptom bintik perang karat pada isi dan jerami buah.
  • Bunga menjadi reput dan diselaputi miselium hitam.
  • Kulit buah kelihatan coklat keperangan seperti karat.
  • Serangan pada tangkai dan buah bermula dengan bintik kecil dan membesar menjadi coklat kehitaman serta reput lembut.
Kaedah dan Cara untuk menguruskan penyakit ini adalah :
  • Mengamalkan Amalan Pertanian Yang Baik.
  • Tanam benih nangka daripada varieti yang rintang.
  • Memastikan amalan pembajaan dan oengapuran yang sempurna dan mengikut jadual.
  • Menyembur racun kulat jenis kuprum pada bunga,tangkai dan buah.



POSTER KEMPEN PENYAKIT REPUT BUAH NANGKA

HENTIKAN PENGGUNAAN PARAQUAT DI MALAYSIA



 Bagi pengusaha pertanian mungkin perkataan PARAQUAT sudah tidak asing lagi kepada mereka.
Manakala bagi segelintir masyarakat luar bandar terutama masyarakat di ladang-ladang (estate) atau
di Felda juga mungkin sangat mengenal akan racun serangga ini yang kadang kala menjadi buah
mulut setempat berlaku kes membunuh diri. Ini kerana paraquat yang terkandung di dalam racun
rumpai ini sangat dikenali kerana menjadi pilihan dalam banyak kes membunuh diri kerana sifatnya
yang sangat toksik secara akut. Kes keracunan akibat penggunaan paraquat juga sering mendapat
liputan kerana selalunya ia berakhir dengan tragedi kematian.

Tiada penawar (antidote) bagi penyalahgunaan paraquat sekiranya sesaorang terambil atau
terminum paraquat dalam kuantiti tertentu, besar kemungkinan mangsa tidak dapat diselamatkan
daripada kematian. Penggunaan paraquat yang tidak mengikut peraturan juga akan menyebabkan
kesan buruk jangka panjang kepada pengguna atau pengendalinya seperti dermatitis, kegagalan
buah pinggang, kegagalan pernafasan, kanser kulit dan penyakit Parkinson.

Kajian saintifik juga membuktikan bahawa penggunaan paraquat dalam aktiviti pertanian
menunjukkan bahawa paraquat tidak mudah terurai (persistent) di dalam tanah. Ini kerana
kemampuan paraquat bertahan dalam tanah (half-life) boleh mencapai tempoh masa yang lama iaitu
hingga melebihi 1000 hari. Ia juga boleh dibawa dalam larian air bersama mendapan yang
menjadikannya berpotensi untuk mencemarkan air bawah tanah.

Di Malaysia, paraquat didaftarkan untuk mengawal rumpai di semua peringkat umur tanaman
terutama di ladang kelapa sawit, getah, kelapa, koko, pisang, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penggunaan paraquat di negara ini tertakluk kepada beberapa sekatan (restricted use) dengan memastikan agar penggunaannya mengikut cara yang selamat bagi mengelakkan kesan negatif
kepada kesihatan pengguna, organisma bukan sasar dan alam sekitar.

Pengharaman penggunaan racun paraquat di Eropah telah bermula seawal tahun 1984 lagi di atas
sifat toksik racun ini terhadap manusia serta kesan kepada alam sekitar. Sweden merupakan negara
pertama mengharamkan penggunaan paraquat diikuti dengan Finland (1986), Switzerland (1989),
Denmark (1994), Norway (1991), Austria (1992), Slovenia (1997) dan Norway (1993).
Sementara tiga Negara Asia mengikuti jejak negara-negara Eropah iaitu Cambodia, Kuwait dan Qatar
mengharamkan penggunaan racun paraquat sejak tahun 2003.

Di Amerika (USA), penggunaan paraquat masih lagi dibenarkan namun penggunaannya dikawal ketat
dengan memastikan pematuhan beberapa syarat yang ketat untuk melindungi pekerja atau
pengguna serta orang awam daripada risiko yang tinggi akibat penggunaan paraquat.
Antara syarat yang dikenakan termasuklah penggunaan terhad untuk pengguna berlesen serta
mewajibkan pemakaian Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) semasa pengendalian. Manakala
penyataan amaran dan awas khusus dimasukkan pada label untuk panduan pengguna. Tempoh
sekatan masuk ke ladang yang baru disembur (Re-entry Interval) juga dikenakan dan mesti dipatuhi
serta memastikan penggunaan paraquat tidak akan menimbulkan masalah hanyutan semburan
(Spray Drift). Selain daripada itu larangan keras terhadap penggunaan paraquat di kawasan
perumaham, sekolah, taman rekreasi, padang golf dan taman permainan.

Syarat-syarat di atas mungkin tidak menjadi masalah dan mampu dipatuhi di USA kerana penggunaan
racun perosak seperti paraquat hanya dilakukan pada musim panas (bukan sepanjang tahun).
Penggunaan pakaian PPE yang lengkap adalah lebih selesa digunakan di negara beriklim temperate,
serta kesedaran dan kesediaan pengguna racun perosak di negara itu mematuhi syarat yang telah
ditetapkan jika dibanding dengan suasana dan penerimaan pengguna dikebanyakkan negara-negara
sedang membangun di sebelah Asia.

Faktor tidak memperdulikan arahan dan amaran serta langkah keselamatan yang tercatat pada label
menyebabkan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO)
untuk memberi kesedaran kepada pengguna khususnya para petani kerap menemui kegagalan.
Justeru, kawalan dan penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan untuk melindungi
pengguna daripada terus terdedah kepada bahaya paraquat


INDUSTRI ASAS TANI


MAKLUMAT ASAS INDUSTRI ASAS TANI (IAT) DAERAH KUALA LANGAT

Bil. Projek
: 108
Bil. Ahli Projek
: 130
Bil. Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW)
: 6
Projek Berjaya
: 85
Projek Berpendapatan Tinggi
: 6
Bekas Pelajar PBU
: 7


SENARAI PERUSAHAAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT) DAERAH KUALA LANGAT


BIL
PERKARA
JUMLAH PROJEK
1.
Kerepek
40
2.
Makanan Tradisional
20
3.
Tempe
11
4.
Bakery
10
5.
Sejuk Beku
6
6.
Kraftani
6
7.
Makanan Ringan
14
8.
Kordial
3
9.
Hasil Soya
5
10.
Spa
1

JUMLAH
113




KATEGORI PENDAPATAN INDUSTRI ASAS TANI (IAT) DAERAH KUALA LANGAT

BIL
PERKARA
BIL
%
1.
Besar (> RM 5 juta)
5
4.6
2.
Sederhana (RM 1 juta – RM 5 juta)
4`
3.7
3.
Kecil (RM 200K – RM 1 juta)
10
9.2
4.
Mikro-usahawan (RM 50K  RM 200K)
40
36.7
5.
Mikro-petani (< RM 50K)
50
45.9

JUMLAH
109
100