Kempen Bumi Hijau / Laman Dapur


Tujuan Kempen Bumi Hijau /Laman Dapur
  • Menggalakkan rakyat, terutamanya penduduk di taman perumahan menanam sendiri sayur, ulam, herba serta menternak ikan dan ayam bagi keperluan keluarga sendiri dan menjualnya sekiranya berlebihan.
  • Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian.
  • Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan makanan segar yang berkhasiat.
  • Mewujudkan persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman edible landscape.
  • Mengurangkan kos perbelanjaan ke atas barang keperluan.

Jenis sayur, ulam-ulaman dan herba yang disyorkan adalah seperti:-

  • Sayur daun : Kangkung, bayam, sawi dan daun bawang.
  • Sayur buah : Terung, timun, kacang botor, bendi, tomato dan cili api.
  • Ulam-ulaman : Ulam raja, pegaga, selom, dan tenggek burung.
  • Herba : Kunyit daun kari, serai, pandan, lengkuas dan kantan.
  • Buah : Limau kasturi, limau nipis dan limau purut.

Perkhidmatan Sokongan Bumi Hijau / Laman Dapur dari Jabatan Pertanian

  • Khidmat nasihat teknikal Penanaman
  • Keperluan biji benih dan bahan tanaman dengan harga berpatutan
  • Input-input lain yang bersesuaian

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

  • Ibupejabat Shah Alam : 03-5544 54402.
  • Sepang: 03-8706 10993.
  • Kuala Selangor : 03-3289 15424.
  • Hulu Selangor : 03-6049 12305.
  • Gombak / Petaling : 03-6189 69056.
  • Kuala Langat : 03- 3181 47737.
  • Klang : 03-3371 88258.
  • Hulu Langat : 03-8736 04209.
  • Sabak Bernam : 03-3224 2306