INFORMASI

KUMBANG MERAH PALMA

Penyakit Moko (Ralstonia solanacearum sp) pada pisang
 

Simptom/Tanda :
Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman
Terdapat ooze bakteria apabila batang/ rhizom pokok pisang dipotong
Buah hitam dan reput
Buah pisang masak tidak seragam.

Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang.

Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:
1. Laksanakan amalan pertanian baik dan 
    pengurusan ladang yang baik.
2. Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan
    pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 –
    10 meter diameter.
3. Basmikuman semua peralatan ladang dengan larutan
    formaldehye 10 %.
4. Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan
    penyakit .
5. Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan
    rang (fallowing) selama 18 – 24 bulan untuk mengurangkan inokulum
    bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk
    mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran.


TIP TANAMAN