Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

KURSUS FERTIGASI DIPUSAT PERTANIAN TELOK DATOK

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

LAWATAN DATO' SABTU KE TKPM BUKIT CHANGGANG

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PETAK DEMO PUSAT PERTANIAN TELOK DATOK

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PROGRAM MY BEAUTIFULL DI SMK TELOK PANGLIMA GARANG

Galeri Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat

PROGRAM PENINGKATAN HASIL PERTANIAN KEMENTERIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

SEMINAR TEKNOLOGI PEMBUNGKUSAN DAN PEMPROSESAN MAKANAN




  • Seminar Teknologi Pembungkusan dan Pemprosesan Makanan telah diadakan pada 29/01/2009 di Dewan Sri Jugra, Kuala Langat Selangor yang dirasmikan oleh Y.B.Dato' Shahrir Abd Samad. Seminar ini di anjurkan bersama Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan Persatuan Pengilang Dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia. Peserta seminar seramai 400 orang yang terdiri dari usahawan negeri Selangor.

    Objektif Program
  • Memperkenalkan teknologi pembungkusan dan pemprosesan makanan kepada para pengusaha PKS
  • Mendedahkan kepada pengusaha PKS prosedur dan standard produk yang diperlukan untuk menembusi pasaran hypermarket.

  • Memberi penerangan mengenai program pembiayaan yang ditawarkan oleh agensi pembiayaan bagi memajukan perniagaan.
  • Menjalin hubungan kerjasama antara pengusaha PKS denganagensi yang berkaitan dan hubungan perniagaan sesama pengusaha PKS.

  • Mempromosikan SME Packaging Centre iaitu sebuah pusat pengumpulan setempat produk PKS yang menawarkan perkhidmatan penggunaan teknologi pembungkusan dan pemprosesan makan pada harga yang munasabah.

KEMPEN BUMI HIJAU




Pejabat Pertanian Daerah Kuala Langat telah mengadakan kempen bumi hijau semasa Seminar Teknologi Pembungkusan Dan Pemprosesan Makan di perkarangan di Dewan Sri Jugra. Kempen Bumi Hijau mendapat sambutan yang menggalakkan. Seramai 200 peserta yang berdaftar telah menerima kit-kit Bumi Hijau semasa kempen dijalankan. Selain pemberian kid peserta telah diberi penerangan cara-cara penanaman sayuran dan khidmat nasihat dalam pertanian oleh pegawai yang bertugas.

Kempen Bumi Hijau / Laman Dapur


Tujuan Kempen Bumi Hijau /Laman Dapur
  • Menggalakkan rakyat, terutamanya penduduk di taman perumahan menanam sendiri sayur, ulam, herba serta menternak ikan dan ayam bagi keperluan keluarga sendiri dan menjualnya sekiranya berlebihan.
  • Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian.
  • Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan makanan segar yang berkhasiat.
  • Mewujudkan persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman edible landscape.
  • Mengurangkan kos perbelanjaan ke atas barang keperluan.

Jenis sayur, ulam-ulaman dan herba yang disyorkan adalah seperti:-

  • Sayur daun : Kangkung, bayam, sawi dan daun bawang.
  • Sayur buah : Terung, timun, kacang botor, bendi, tomato dan cili api.
  • Ulam-ulaman : Ulam raja, pegaga, selom, dan tenggek burung.
  • Herba : Kunyit daun kari, serai, pandan, lengkuas dan kantan.
  • Buah : Limau kasturi, limau nipis dan limau purut.

Perkhidmatan Sokongan Bumi Hijau / Laman Dapur dari Jabatan Pertanian

  • Khidmat nasihat teknikal Penanaman
  • Keperluan biji benih dan bahan tanaman dengan harga berpatutan
  • Input-input lain yang bersesuaian

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.

  • Ibupejabat Shah Alam : 03-5544 54402.
  • Sepang: 03-8706 10993.
  • Kuala Selangor : 03-3289 15424.
  • Hulu Selangor : 03-6049 12305.
  • Gombak / Petaling : 03-6189 69056.
  • Kuala Langat : 03- 3181 47737.
  • Klang : 03-3371 88258.
  • Hulu Langat : 03-8736 04209.
  • Sabak Bernam : 03-3224 2306