Program Bicara Tani





















Program Bicara Tani Daerah Kuala Langat telah diadakan pada 27.04.2008 di Dewan Sri Jugra. Seramai 300 orang telah hadir dan menyertai program tersebut. Program Bicara Tani ini telah dirasmikan oleh Tuan Asmawi bin Kasbi, Pegawai Daerah Kuala Langat. Banyak isu-isu yang telah dibangkitkan antaranya ialah isu status tanah, isu penternakan khinzir dan isu kenaikan harga input pertanian. Program ini dianggap berjaya dan boleh dijadikan sebagai program tahunan.