Tujuan Kempen Bumi Hijau /Laman Dapur
Menggalakkan rakyat, terutamanya penduduk di taman perumahan menanam sendiri sayur, ulam, herba serta menternak ikan dan ayam bagi keperluan keluarga sendiri dan menjualnya sekiranya berlebihan.
Mewujudkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian.
Mewujudkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan makanan segar yang berkhasiat.
Mewujudkan persekitaran rumah yang menarik dengan tanaman edible landscape.
Mengurangkan kos perbelanjaan ke atas barang keperluan.
Jenis sayur, ulam-ulaman dan herba yang disyorkan adalah seperti:-
Sayur daun : Kangkung, bayam, sawi dan daun bawang.
Sayur buah : Terung, timun, kacang botor, bendi, tomato dan cili api.
Ulam-ulaman : Ulam raja, pegaga, selom, dan tenggek burung.
Herba : Kunyit daun kari, serai, pandan, lengkuas dan kantan.
Buah : Limau kasturi, limau nipis dan limau purut.
Perkhidmatan Sokongan Bumi Hijau / Laman Dapur dari Jabatan Pertanian
Khidmat nasihat teknikal Penanaman
Keperluan biji benih dan bahan tanaman dengan harga berpatutan
Input-input lain yang bersesuaian
Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Pertanian Daerah yang berdekatan.
- Ibupejabat Shah Alam : 03-5544 54402.
Sepang: 03-8706 10993.
Kuala Selangor : 03-3289 15424.
Hulu Selangor : 03-6049 12305.
Gombak / Petaling : 03-6189 69056.
Kuala Langat : 03- 3181 47737.
Klang : 03-3371 88258.
Hulu Langat : 03-8736 04209.
Sabak Bernam : 03-3224 2306